Selasa, 8 Disember 2009

KUBOT RYUU……..

Blog ini menceritakan tntg seorang budak yg berketurunan kerabat kubot. Keluarga ini tlah terpilih oleh tuhan untuk mewarisi ilmu mata kilat. Setiap keturunan kubot akan mewarisi mata yang mampu melihat menebusi dinding dngn jarak 300 meter. Setiap keturunan ini harus mnjaga harta Raja Mukhsit yang telah mangkat akibat di bunuh oleh kerabat merah. Sumpah darah antara kerabat kubot dengan rajanya mula terikat untuk menjaga setiap harta yang di tinggal oleh raja itu spt keris kuning, baju perisai siluman ular putih dan cicin martaram. 3 alat ini wajib di jaga oleh kerabat kubot yang terpilih. Perjanjian ini mula tergugat apabila kerabat merah menyerang kampung keluarga kubot dan membunuh kesemua keturunan keluarga kubot yang ada. Kesemua barang itu diambil dan di beri kepada ketua kerabat merah yang bernama Merah Rantau. Darah2 mula mengalir di sungai kubot yang berhampiran kampung kubot. Salah seorang keturunan kubot yang terselamat adalah puteri kepada ketua keluarga kubot yang bernama Kubot Laksmana, puteri itu bernama manggis. Manggis mempunyai seorang anak yang bernama Kubot Ryuu yang masih menyusu. Pada saat itu manggis bersumpah kepada seluruh keturunannya yang bahawa dia akan mendidik anaknya ryuu untuk mengambil kembali harta yang di rampas itu untuk di lindungi. Mengikut cerita yang dikatakan oleh keluarganya 3 peralatan itu tidak mampu di gunakan oleh sesiapa melainkan keturunan Raja Mukhsit. Peralatan itu mempunyai ilmu ghaib yang mampu menebusi alam jin.

Kubot Ryuu mula membesar dengan didikan ibunya di kampung Maisarah, jauh daripada kampung Kubot. Pada usia 6 tahun ryuu bertemu dengan seorag guru yang megajarnya ilmu membaca dan silat. Ilmu silatnya mula berakhir pada usia 12 tahun dan mula pandai mengguna ilmu mata kilatnya pada usia 15. Ibunya mula menceritakan kisah keturunannya dan tanggung jawabnya. Dia faham dan mula mengembara ke kampung keturunannya untuk mencari maklumat tentang erti kehidupannya. Semasa perjalanan dia berjumpa dengan seorang sahabat yang bernama Rimba. Rimba adalah seorang pencuri kuda. Ketika Ryuu sedang leka mencari makanan, Rimba datang mengambil kuda Ryuu untuk dicuri tetapi disedari oleh Ryuu terlebih dahulu. Lalu mereka bertarung dengan bersilat Rimba kalah dan menyerah diri kepada Ryuu. Ryuu tidak sampai hati untuk membunuh Rimba, lalu melepaskan Rimba dengan syarat bertaubat tdk akan mengulanginya lagi. Rimba terkejut dan dia mula bersyukur oleh itu dia mula bersalam dengan Ryuu untuk menjadi sahabat Ryuu. Rimba cuba mendalami hati Ryuu dan rahsia perjuangannya. Akhirnya Rimba mengetahui siapa Ryuu dan makna hidupnya. Rimba menceritakan kepada Ryuu yang dia adalah seorang perjuang daripada kerjaan negri Kelantan dia telah d buang negeri akibat berbohong. Dia insaf akan kesilapannya yang lampau untuk meneruskan hidup dia terpaksa mencuri untuk mencari duit. Lama kelamaan tabiat mencurinya mula sebati dengan dirinya dan dia lupa bahawa mencuri adalah salah satu sifat dan tikah laku yang tidak elok. Dia mula sedar akan kesilapannya selepas berjumpa dangan Ryuu. Rimba meminta izin kepada Ryuu agar dia boleh mengikuti pengembaraannya, Ryuu berkata perjuangannya mempertaruhkan nyawa dan boleh membawa kepada kematian. Rimba tidak perduli akan semua akibat, dia tetap ingin mengikuti Ryuu kerana baginya perjuangan itu mulia…

Dalam perjalanannya dia di serang hendap oleh segerombolan perompak. Mereka terpaksa bertarung dan membunuh sebilangan kecil perompak itu untuk mempertahankan diri. Rimba menangkap ketua mereka dan memaksanya taat setia kepada Ryuu. Ketua perompak itu bersetuju, dia menunjukkan dimana tempat persembunyiannya. Kesemua perompak itu terpaksa mengikut arahan Rimba dan Ryuu kerana takut akan kesaktian yang dimiliki dua permuda ini…